Monday, September 20, 2010

eh ye ke ... raya sensation !

Mari mulakan update blog aku dengan edisi raya la~ aku suka raya tahun ni ! eheheh~
tahun ni yang terbaik bagi aku~ so aku pun malas nak borak panjang~ korang layan tgk gambar aje la dulu ok !
Edisi family first ~ xde gambar sekali~ raya lain lain~ haha :P

:- aku ngan ayah + family dia kat Pekan Pahang..
:- mak + adik yang lain raya kat Kuantan ..
tukar tukar kampung dalam masa 2 hari raya ~ sangat best !

my family ! 
sebelum tu kita singgah dulu di kampung belah ayah aku di Pekan Pahang..
ini antara aktiviti dan gambar di sana :

umah panjang ~
mari memasak ketupat
bersama sayang ! haha 
daging pacak ! aumm



bersama sayang kedua !
YB bagi duit raya ! haha !











dan aku mempersembahkan sebahagian kezen-kezen perempuan aku ~ ! semuanya comel belaka ! sayang semuanya !
kemeriahan di kampung belah ayah aku setelah hampir 5 tahun aku tak sambut 1st day raya kat sana ~ sadis kan ? hihihihi .. layankan~

skang kita pergi lak belah kampung mak aku~ walaupun belah mak aku takde kampung tapi umah makcik aku di Bukit Goh selalunya jadi mangsa~ suasana kampung tu tetap ada ~ bangga aku ada kampung ! hahaha

mari usha gambar di bawah :


Belakang rumah ada pokok rambutan , manggis dan kelapa ! 

acara berebut makan mee jawa 
bunga api dan mercun (unrated )










Azmir - Aku - Adik aku Saan


masa ni la mak anjang dari temerloh datang , kak ya dari melaka , abang romzi dari jempol , kaum kerabat dari sana sini , semuanya datang berkumpul .. seronoknya .. acara main mercun ( x kesah la siang hari pun ) .. pastu yang penting makan makanan tradisi keluarga ... MEE JAWA ~ yeah .. belah mak aku keturunan jawa~ hehee jawa pun jawa la ~ janji rawks ! hehe ... 


Finally .. aku tamatkan citer ehh ye ke ... raya sensational ! ni dengan gambar aku masak mee lidi goreng special .. hahaha .. masakan penutup raya aku yang penuh dengan nasi himpit , rendang , sate , daging pacak , ketupat tradisional & nona , dan sebagainya ... hahah.. selamat melantak dan jangan lupa diet lepas raya ok ! haha !


edisi anak teruna masak di dapur
mee lidi goreng special !  












xx Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin xx





eh ye ke ... update blog !

hah ~ aku ni duk baca blog orang je kan~ apa kata aku update blog yang aku sendiri rasanya dah setahun pun x update ~ hehehe ! so mari lah aku merajinkan diri untuk menghapdet blog...

antara punca-punca aku nak update blog antaranya ialah :

- kerja : yeah ~ sebab aku ni jenis suka jalan2 kat shopping mall sambil cuci mata ~ so boleh la update benda cambest kat mall di sekitar KL ni~ lagipun mmg dah nurani kerjaya aku kena pi jalan2 kan :P

-aktiviti : wow ni xyah cakap la .. sejak aku mengenali rakan2 baru yang begitu meriah~ macam2 aktiviti dah aku rajin follow dan buat .. terima kasih kepada radio FUNKER FM (www.funker.fm) yang bebetul mengubah hidup aku ~ selalunya weekend memerap kat rumah~ ngan dorang ni kalo leh aku nak join je setiap masa~

-lomo : yeah~ aku sudah menceburkan diri ke dalam dunia lomography ~ aku tinggalkan sementara dunia dslr ~

-gipren : aku xde gipren lagi~ hahaha kthanx bye

so kengkawan yang tetiba terselit nak baca blog aku ni~ aku cuba updatekan seberapa banyak yang boleh dan aku cuba updatekan apa yang aku rasa nak update kan :P ~ yeahhh !


Sunday, June 27, 2010

ehh ye ke ... saya memang pemalas!



yeah~ aku mmg pemalas .. malas nak mandi awal pada hujung minggu ~ hahaha~ jangan cakap aku je..confirm ramai lagi yang macam aku~ ye la~ nak mandi awal pun bukan nak buat apa pun~
cam aku lebih suka bangun tido ~ ngadap komputer~ layan movie dulu ~ brekfes dah confirm skip ~ haaha ~

dah habis movie baru la terfikir nak makan apa ~ nak makan pun malas~ hahah~ malas nak mandi ~ pastu nak bersiap~ pergi beli makanan kat kedai depan~ alternatif ? beli makanan secara online~ mekdi ke pizza ke ~

aritu dah order pizza~ minggu ni aku order pizza lagi~ nak try dominos~ wow~ www.dominos.com.my ~ register yang tak perlu confirmation~ senang ~
dan paling menarik~ diorang ada GPS Tracker~ apa tu ? GPS Tracker ni akan tunjuk dari ordering sampai la delivery.. menarik kan ? check this thumbnail





Tuesday, June 22, 2010

ehh ye ke ... google cool !

yeah ~ google mmg cool ~ aku nak share .. website google leh buat custom made background..

camna nak buat ? senang saja ~ check it out ~ buka laman web google.com
pastu tgk link belah kiri bawah ~ ada change background.. make sure korang ada akaun gmail :P
baru boleh buat.. contoh hasilnya..
hahahaa .. cool kan ~ :P

Saturday, May 29, 2010

ehh ye ke.. YES ! I'm Back !

camna nak mula ? nak taip ? sebab nak memulakan cerita bukan senang .. nak mencari topik pun satu hal .. so apa kita nak cerita kat sini ? so takde apa nak cerita ~ sebab pergi la memana kat celah dalam internet ni~ dari a - z ~ semua orang akan bercerita ~ so apa saya nak share kat sini .... tak banyak ~ semua tentang kehidupan yang saya alami sendiri ~

LIFE IS NOT EASY ... :)

Thursday, March 19, 2009

ehh ye ke ... artis atau orang melayu kita terlalu moden??

apa pendapat anda tentang kehidupan orang melayu kita sekarang..
memang x dapat dinafikan dunia semakin moden malah maju ke
hadapan tetapi adakah perlu kita meniru kemodenan
di atas kemajuan itu sendiri??
macam kata nabil " lu pikirlah sendiri"..

ini antara gambar yang aku dapat melalui rakan-rakan yang nakal macam aku.. hihi~ anda kenal dengan personaliti ini ?? ini antara contoh kemodenan kita tak termasuk lagi di dalam akhbar dan juga telefon.. macam2 aksi dan gaya yang boleh dilihat.. salah siapa ?? renung2kan dan selamat beramal ....

p/s : minta maaf sebab isu terlampau sensitif.. dah la baru nak tulis blog .. dah buka isu camni~ hahaha .. maafkan daku~



Ini adalah dari keratan akhbar hari jumaat 20/03/09 selepas 2 hari aku post isu nie...




renung-renungkan dan selamat beramal~ hihi

Wednesday, March 18, 2009

ehh ye ke ... eazy nak buat blog nie??

Ini adalah langkah pertama aku dalam dunia blog ni.. selalunya aku cuma jenguk-jenguk blog orang.. mostly sahabat sekolah menengah aku yang kini dah jadi seorang ibu (qast).. skang ni la 1st follower dan juga peng-edit page aku ni.. thanx qast .
mula-mula cam tak yakin nak buat blog ni.. tapi kena gak buat .. cam x percaya pun ada.. "ehh ye ke aku nak buat blog ni".. aku fikir memasing dah ada topik memasing.. so aku pun nak kutip isu apa ?? aku pun x tau.. so disebabkan aku nye main tagline Life is Not Eazy .. so aku akan cuba kupas isu-isu kehidupan yang selama ini semua orang fikir adalah mudah ..
cuba kita lihat sekeliling kita dan fikir sejenak untuk memberi ruang kepada diri memperbaiki kesilapan atau perubahan kepada diri..

aku pun x nak cam skema sangat.. so kita layankan aje.. aku akan cuba letak topik-topik yang agak panas dan ganas serta untuk peringatan pada diri ini. Jumpa pada langkah seterusnya .. see ya~

p/s: kawan2 .. sila tinggalkan komen dan cadangan anda untuk ruangan saya ini~ cadangan dari segi topik yang boleh saya paparkan atau apa-apa sahaja pandangan~ terima kasih atas sokongan anda~